04 July 2012

2012 : Kuching

Hai bloggers... ni kali kedua aku pi bercuti di Kuching, Sarawak. Dulu pi sana sebab dah terbeli tiket promo AA, so takda plan jenjalan. Kali ni bawak family pi jenjalan sana. Bukan apa, saja nak bagi peluang mak abah mengimbas kembali nostalgia depa dok sana selepas kahwin dulu. Lepas je kahwin dalam tahun 1975, abah ditugaskan ke Kuching. Maka dengan itu, kejadian aku pun di sana gak la hehehehe sib baik masa nak bersalin tu mak balik Kedah, kalau tak, jadi anak sarawak lak aku.

Berbalik kepada cerita percutian yang dirancang kali ni, aku beli tiket AA untuk 5 orang dengan harga promo lebih kurang 6 bulan sebelum tarikh nak pi. Pastu booking lak Tune Hotel untuk 3 bilik, 2 bilik double bed dan 1 lagi single bedroom (bilik aku la ni). Masa aku booking tu, Tune memang tengah buat promo. Walaupun hotel ni terkenal sebagai hotel bajet, aku rasa selesa je, fasiliti dalam bilik semua baru, flat screen tv, ada air-cond, ada astro, tilam pun selesa. Tapi dah tentu la korang kena tambah duit untuk nak guna semua fasiliti yang ada. Dah harga bilik pun dapat murah, nak yang lain-lain tu kena tambah duit sikit la. Cerita pasal Tune Hotel ni, memang selalu aku terbaca komen/kritikan di laman sosial tentang cara Tune berniaga. Ada gak yang kata, Tune Hotel sempit la, tipu harga la, service tak bagus la, bilik air kecik la dan macam-macam lagi la. Namun bagi aku, kalau korang nak tempat yang super duper bagus, dilayan macam vip, korang kena bayar harga setimpal la. Bak kata pepatah, tepuk dada tanya selera bro! Untuk percutian kali ni, ini sahaja yang aku mampu untuk bawak family aku bercuti. Kalau diberi pilihan, semua orang nak percutian yang paling best di dunia kan?

Bagi seorang yang tak punya pangkat apa-apa dalam organisasi, aku hanya mampu belanja tiket flight, hotel dan kereta sewa. Yang lain.......abah, mak dan kak mazni yang kena!!!!! hahahahahaha

Jom tengok percutian sederhana kami....

No comments:

Post a Comment